Sempena bulan Ramadhan yang dah nak hampir tiba nie aku nak mngucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
So, sama sama lah kita membuat amal ibadah di bulan puasa nie :)
- Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
-Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
-Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram
-Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.
- Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya
-Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.
- Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
InsyALLAH, akan aku didik diriku nie menjadi seorang hamba ALLAH yang baik.insyALLAH walaupon diri aku nie bnyak lagi yang perlu di perbaiki, dan banyak kekurangan. moge terbuka pintu hati aku dan tunjukkan lah aku ke jalan yang benar YA ALLAH. amin :')
![]() |
| Ya Allah! ampunilah dosaku dan kebodohanku, dan tingkahlaku ku yang melewati batas, dan hal2 yang engkau lebih mengetahui daripadaku Ya Allah. amin! |




No comments:
Post a Comment